Friday, October 22, 2010

MENCARI PENGERTIAN HIDUP
Hai ,,
Seperti biasa, rutin harian Dilla ialah memerhati alam, serta setiap tingkah laku serta gerak geri manusia.
Dilla suka mencari kelainan dalam.

Pada waktu petang, berdekatan taman permainan,Dilla terlihat seorang tua yang sedang duduk di kerusi di bawah sepohon pokok yang rendang. Pak cik itu begitu khusyuk melihat kanak-kanak yang berlari ke sana ke mari. Jauh di sudut hati, Dilla pasti bahawa Pak cik itu sedang merenung akan sesuatu. Hati ini teringin sekali mendekatinya. Tapi , aku khuatir jika pak cik akan syak wasangka yang buruk terhadap aku. Aku hanya melihat pak cik dari jauh. Dengan harapan, aku dapat menyelongkar rahsia disebalik renungan pak cik itu. Padaku, ada sesuatu yang disembunyikan di dalam hatinya,sesuatu yang sangat bermakna dan sangat menyedihkan. Aku dapat lihat melalui air mukanya.
“Tidak mengapa, aku akan dating ke taman esok” bisik ku.

Sinar mentari mula terbenam, menunjukkan bulan sedang memunculkan diri tatkala malam menjelma.
Aku pulang ke rumah dengan seribu pertanyaan dan persoalan.
Pada keesokannya,
Petang itu, mentari petang bagai malu menonjolkan dirinya. Angin mula meniup menyejukkan bumi ini.
Aku keluar dari rumah menuju ke taman,dengan harapan aku merupakan orang yang awal tiba di sana.
Setibanya di sana,
Mengapa pak cik tu sudah tiba di taman? Padahal aku tiba lebih awal daripada waktu petang semalam.
Pak cik itu masih duduk di tempat yg sama dan masih merenung akan sesuatu. Aku mendekati pak cik tersebut kerana pada ketika itu sifat ingin tahuku berjaya mengalahkan ketakutan di dalam diri.
Belum sempat aku mengucapkan salam, pak cik yang sudah separuh umur mula menyapa sambil menjemputku duduk di sebelanhnya.
Aku memberanikan diri.
Kamu masih lagi kanak-kanak yang baru meniti alam remaja. Berbagai-bagai perkara yang kamu ingin lakukan. Pak cik tahu apa yang kamu fikirkan. Pakcik tahu apa yang kamu ada di dalam hatimu.
Ingatlah kamu, bumi ini hanya sementara, kamu hanya dipinjamkan dan akan diambil oleh Yang Maha Esa pada bila-bila masa sahaja.
Jangan kamu sesekali melupakan Dia. Tingkatkan ibadatmu. Sentiasalah mengingatiNya. pentingkanNya. sayangiNya.
Setelah itu, aku pulang ke rumah dengan penuh persoalan dan penuh semangat di dalam diri.
Siapakah pak cik itu? Bagaimana  dia mengetahui isi hati dan benak fikiranku yang keliru tentang hidup?.
Walaubagaimanapun, aku amat berterima kasih kepada pak cik.kerana dia telah memberi  aku satu semangat  dan dorongan untuk aku meniti buku baru.
Keesokan petang,
Pak cik itu sudah tiada di tempat kebiasaannya.
Dimanakah dia?.........

2 comments: