Tuesday, October 12, 2010

MARI MENGENALI IMAM AL-GHAZALI

Hai...
PMR sudah habis..
jadi...
Dilla luangkan masa 
dengan membaca buku..
Hari ini...
Dilla membaca mengenai 
tokoh Islam 
yang terkenal..
harap..
ilmu yang dikongsi ini...
mendapat rahmat...
amin..



Nama sebenar Imam Al-Ghazali ialah Muhamad Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abu Hamid Al-Ghazali. Beliau dilahirkan pada tahun 450 Hojrah bersamaan 1050 Masihi di daerah Taus. Bapanya seorang yang soleh dan mencari nafkah dengan bekerja sebagai pemintal bulu kambing( a`zlu as sufi ) untuk membuat benang dan pakaian. Pekerjaan itu menjadikan bapanya terkenal dengan gelaran AL-GHAZALI dan panggilan itu sebati dengan dirinya.



Imam Al -Ghazali merupakan seorang ulama yang terbilang. Beliau bukan sahaja dianggap sebagai ahli falsafah dan pemikir yang agung, tetapi juga merupakan seorang ahli faqah yang berfikiran kritis. 

Beliau juga seorang sufi yang amat masyhur namanya hingga ke dunia. Disamping itu, dalam kalangan seluruh umat Islam di zamannya, beliau turut diiktiraf dengan gelaran HUJJATUL AL ISLAM di atas kefasihannya berpidato dan kemahiran berhujahdalm bidang ilmu aswaludin.

Beliau kembali ke rahmatullah pada 14 JAMADIL AKHIR TAHUN 505 HIJRAH di TAUS. Beliau ialah tokoh ilmuan Islam yang biografi lengkap mengenai hidupnya yang terkandung dalam kitab AL MUNKIZU MINAD DOLALI yang dikarang olehnya sendiri.

No comments:

Post a Comment